Day 2
Pagi
selepas subuh, saya suruh husband saya pergi beli kopi Vietnam di bawah dan
makan roti yang kami bawak dan bersiap2 untuk ke Mekong Delta.
Kami amik pakej
ke Mekong Delta dari hotel yang kami tinggal, Dalam 15 USD jer kot
rasanya. Jam 8, kami dah tunggu di luar
hotel untuk bas ke melkong delta. Bas ni akan pergi ke setiap hotel yang ade
orang booking untuk tour Mekong Delta ni. Perjalanan dari district 1 to Mekong
DELTA dalam 2 jam. Sepanjang perjalanan jangan la tido. Tengokla pemandangan
sepanjang perjalanan. (Tapi saya tido jer, sebab penat shopping semalam)
1st
stop, bas kami berhenti di RNR Mekong Delta, 15 minit sahaja untuk ke toilet
dan beli makanan sedikit. Kami tak beli sebab diragui kehalalan dia. Hanya
mampu untuk ambil gambar sahaja.
Awat muka lagu tu fayyadh |
Next
destination tak ingat nama tempat dia, tapi tempat dia ade 3 patung besar
Buddha. Tour guide kami bagitahu siapa yang dapatkan jodoh boleh la mohon doa
di temple ni. (Untuk Buddha sahaja).
Lepas
tu, kami ke jeti yang nk berlepas Mekong Delta naik bot besar turun di satu
kampong. Disitu di jamu dengan madu lebah, sambil bagi minum free dan dia akan
jual madu. Dan seterusnya berjalan ke perkampungan yang lain, di situ di hidangkan
buah – buahan tempatan dan ade performance lagu lagu Vietnam.
Selepas
makan buah, kami di bawa menyusuri kebun2 buah2 buahan tempatan dan sampai la
tempat untuk naik ke sampan kecik menyusuri sungai Mekong. Saya tak rasa pon ni
macam sungai. Macam parit jer lebar dalam 3 meter jer. Naik sampan tu. Kami
naik 5 orang. Sampan kami yang paling slow. Sampan yang lain semua siap potong
sampan kami lagi.
Menyusuri
sungai Mekong tu dalam 500m – 1km sampai la di daratan, tengok pulak
penghasilan gula – gula kelapa ni. Beli sepeket tak smpai setengah jam dah
habis. Sedap bak hang.
Naik
bot balik untuk ke tempat makan tengah hari. Okay kat sini la akan dihidangkan
ikan talapia berdiri ni. Kami tak order ikan pon. Kami makan yang vegetarian
jer. Lepas makan jalan – jalan di tempat tu tengok ade banyak haiwan liar yang
di bela di situ. Kebanyakan yang dibela di situ sebab ade dalam menu.
EEEiiiii…. Seram tekak. Untuk yang muslim boleh la solat masa dekat sini, Cuma
kena ade sejadah la. Susah nk jumpa prayer room ke ape ke dekat sini. So,solat
jer la di mana2.
Lepas
makan habis la trip ke Mekong Delta ni. Naik dalam bas terus tido. Macam biasa
bila hari beralih nak malam , mendung dah.Hujan malam tu. Tapi shopping lagi di
Pasar Malam. Makan pon senang. Dekat lorong Malaysia tu banyak gila kedai
halal. Kedai yang murah di situ sepanjang pemerhatian kami, Kedai nama HALAL
AMIN. Sedap & Murah.(murah sikit dari kedai lain).Nak ingtkan yea, datang
Ho Chi Minh kena try, kopi veitnam, pho daging, popia Vietnam.
Malam tak ada ape2 aktiviti
sangat. shoping shoping shoping sampai lebam. Sambungan di next entry ok.
No comments:
Post a Comment