Tuesday 2 May 2017

Ho Chi Minh ( Day 3 and 4 )

Day3
Trip to Chu Chi Tunnel, yang ni half day trip jer. Tapi sumpah boring dalam bas. Sebab tour guide tu tak menarik. Kalau ade borang complaint dah lama dah saya complaint.Sebelum sampai Chu chi tunnel tu singgah satu tempat kraftangan, Disitu tak dipaksa pon untuk beli. Tempat Kraftangan tu majoriti perkerja dia adalah mangsan yang terkena serpihan bom ke ape tah. So, diorang ni cacat. 









Sampai Chu chi tunnel okay la tengok sejarah awal Vietnam masa perang dulu. Macam mana diorang survive dengan terowong yang sangat kecik ni. Siapa datang Chu Chi tunnel ni, sila try masuk merangkak dalam tunnel ni yea. Best experience. Half Day jer trip ni.



















Balik dari Chu Chi Tunnel ni, boleh la sambung jalan lagi. Untuk saya, shopping selagi tak balik Malaysia, smpaikan hari last yang nk balik KL tu masih shopping lagi.

4th Day - Last Day
Flight kami petang, saya extend sedikit masa untuk stay di hotel. Selepas breakfast kami makan di kedai makan biasa. Kebetulan dihadapan hotel kami ada taman luas. So, kami pon bawak la fayyadh untuk main di playground di situ. 
Orang vietnam ni memang mengamalkan gaya hidup yang  sihat. Siap ade class tarian lagi setiap pagi kat sini. Tak kurang jugak yang jogging. 



Lepas tu sambung jalan lagi. Yang jadi tak keruan, dekat sini, boleh pakai duit RM. Tapi nak pesan jugak, korang kena pandai. Tengok rate yang dia convert tu. Ade kedai or tempat lepas convert lagi untung. Ade yang rate dia tinggi gila kalau nak convert. Hari last tu, sempat beli sutera Vietnam 5 helai, kain cotton dan baju pasang. Haish la…puas la hai shopping. Sambil shopping, lakiku urut kaki.



Lepas habis duit,, duk tido dalam hotel jer, taka de buat ape2. Rehat sementara tunggu time nak naik bas ke airport. Kami keluar dari hotel pukul 6. Flight balik sepatutnya pukul 10.  Kami naik bas sahaja, bas yang sama macam pergi. Cuma kena tunggu di bus stop yang bertentangan sahaja. Penat. Sampai aiport, flight delay, dalam sejam. Sampai KL dalam pukul 2. Balik terus pengsan semua. Tido , esok nak kerja.

Sekian sudah percutian kami ke Ho Chi Minh. Sedikit tips untuk ke Ho Chi Minh :

  •         Pakai kasut yang sesuai
  •          Time jalan – jalan bawak air masak banyak2 yea.
  •        Study elok2 jalan kalau nk naik public transport
  •        Trip ke Mekong Delta ngn Chu Chi Tunnel tu bawak la bekal makanan. Boleh juga beli bungkus di kedai.
  •          Berhati- hati di jalan raya di sana, moto macam semut. Banyak gila.



No comments:

Post a Comment