Day 1
Assalamualaikum.
Baru
rasa nak update trip yang dah basi. Ada coming update untuk trip ke perth.
Flight
to Ho Chi Minh ni kitorang decide untuk pergi dengan my father in law. Untuk
suami saya, dia dah pernah pergi Ho Chi Minh City. Tapi, disebabkan semangat
dia yang berkobar – kobar nak tunjukkan pada isteri dia yang Ho Chi Minh tu
adalah syurga untuk shopping dia belikan jugak tiket untuk ke Ho Chi Minh. Kami
decide nak pergi 15hb Oktober 2016 – 18hb Oktober 2015 (4 hari 3 Malam). Kami
pergi 3 orang dewasa dan 1 infant, masa ni fayyadh umur baru 1 tahun 6 bulan.
Disebabkan
flight kami awal, kami bertolak ke KLIA pukul 4.30 am dari rumah. Solat Subuh di KLIA2. Nak pesan yea, sesiapa
yang amik flight paling awal dri KLIA2 yang sebelum subuh tu. Especially
perempuan ye. Bawak la telekung sendiri. Telekung di Surau tu kalau tak silap
ade dua atau tiga ja. Nak tunggu turn tu… Lambat, takut terlepas plak boarding
time nanti .(Cakap melalui pengalaman) . After boarding, dalam flight, fayyadh
tido jer.
Selepas
2 jam 45 minit. Kami mendarat di lapangan terbang Tan Son Nhat. Immegresen di
Vietnam ni tak berapa strict sangat. Lepas
setel immegresen, saya setelkan apa yang patut dulu. Nak ke toilet ke ape ker?Kami
decide untuk naik bas dari lapangan terbang ke District 1, keluar dari lapangan
terbang sebelah kanan cari bas No 152, murah wei.500VND jer. Untuk saya, saya
tak kisah sangat untuk naik bas. Sebab suami saya ni pon adventure orangnya dan
saya hanya ade seorang anak yg masih boleh dikawal untuk naik bas. Untuk
sesiapa yang ade anak ramai dan kecik2 tu boleh la naik teksi. Tak payah nk
buat trip murah sangat kalau nanti kita plak tak enjoy trip tu. Kesian anak –
anak nanti.
Hotel
yang kami tempah pon tak jauh sangat dari ben Thanh Market. Song Anh Hotel. So,
decide untuk turun bas dekat Ben Thanh Market la. Bas akan berhenti dekat macam gambar di bawah. So, hotel tu tak ade la jauh sangat. Tapi,
cabaran dia nak melintas jalan dekat Vietnam ni. Walaupun ade lampu isyarat dan
zebra cross. Motor yang banyak macam semut tu tetap jalan. So, kena sangat
berhati2.
Sampai
hotel, letak barang dulu sebab tak boleh nk check in lagi . Terlalu awal,
bilik tak ready lagi. Bilik dekat Song
Anh hotel ni memang berbaloi. Memang hotel budget. Tapi yang penting bersih
kan? Hotel ni bersih. Ade lift. Sesuai jugak kalau bawak orang yang lebih berusia.
Lepas letak beg, pergi makan dekat kedai dulu. 1st kedai Hajjah
Basirah yang famous tu. Okay makan pagi. Tapi combined sekali dengan makan
tengah hari.
Kat
kedai Hajjah Basiroh ni, harga dia mahal sikit kalau bandingkan dengan kedai
lain. Tapi, portion die banyak. Lepas makan, kami balik hotel. Time ni dah
dapat bilik. Balik bilik, terus baring atas katil. Tido. Baru sampai dah tido.
Rehat dulu. Pukul 11 lebih keluar ke pasar Ben Thanh. Tapi time ni tak ade beli
ape – ape. Survey2 dulu. Dalam Ben Thanh Market ade banyak bahagian. Ade bayak bahagian
dan lorong, Lorong kain ela, kain cotton, kain sutera Vietnam, Keychain, handbag,
baju lelaki, baju budak, barang basah macam ikan pon ada. Buah pon ade. Eh
senang cerita, semua pon ade la. Pasar Ben Thanh hanya di buka sehingga pukul 6
petang.
Ben Tanh Market |
Ade
sebelah lorong pasar Ben Thanh tu, satu lorong hanya jual kasut, beg hiking,
baju hiking. Jalan la kami ke Saigon square, lupa nak bagitahu. Peringatan yea,
time jalan2 macam ni preparation kena mantap. Especially yang bawak baby macam
kitorang, susu, makanan / snack untuk fayyadh, air minuman. Kalau saya, selesa
pakai baby carrier. Senang nak dukung fayyadh. Stroller serius tak sesuai untuk
siapa yang nak ke Ho Chi Minh ni.
Happy dia.. kt belakang. Kalau tido, saya kendong di depan |
Rata
-rata barang yang di jual sekita ben Thanh ni sama jer. Harga sahaja yang berlainan.
Dekat Saigon square, barang lebih moden. Harga pon boleh tahan jugak. Tapi
disebabkan barang tak menarik minat saya. Tak ade lah saya membeli sangat. Tapi
handbag, t shirt untuk lelaki design lebih menarik di sini.
Saigon Square |
Saigon Square - Ada Air Cond |
Okay.
Tak larat la jalan dekat sini, balik dulu solat asar dan rehat, mandi semua.
Lepas maghrib, baru keluar untuk makan malam. Nasib memang x menyebelahi kami
time kat di Ho Chi minh. Setiap malam hujan. Walaupun hujan, misi shopping
tetap diteruskan.
Tengok !!! shopping sampai lebam |
Pade
setiap malam, kelililng pasar Ben Than akan bertukar menjadi night market ala2
down town or uptown. Kami masuk kedai makan , diorang belum setup lagi. Lepas
keluar, terkejut beruk semua dah jadi macam pasar malam. Pantas mereka ni.
Shopping
macam orang gila dekat pasar malam. Hari first duit dah habis wei…Seramkan
dengar?
No comments:
Post a Comment