Sunday, 8 December 2013

Engagement Story # Hantaran Tunang#


Dear readers,

Hantaran?? Ini pon satu masalah ni. Kalau boleh tak nak la over sangat decorate hantaran. Tapi, bila beli majalah pengantin, Inspirasi Perkahwinan. Tengok hantaran… pergh…cantik. Terbit la dalam hati ni nak DIY. For all reader information most of the thing for my engagement. I do it by myself. Semua atas bantuan majalah pengantin dipasaran atau en google. Kata bawah NFJ kongsi sikit pengalaman nak setelkan bab hantaran.

1st : Before nak buat hantaran B2B semua kena decide berapa puluh dulang nak bagi pada pihak lelaki? Dan berapa pihak lelaki nak bagi kat kiter? Bende ni pon memang NFJ bincang and duduk semeja dengan en bakal tunang nak bagi ape? Supaya keputusan yang kami buat memang sepakat membawa berkat. So, conclusion kepada 1 jam perbincangan tu. Decide nak bagi 7 berbalas 9 dulang .setel !

2nd : Decide barang apa yang korang nak bagi pada pihak lelaki. Disebabkan kami decide nak bagi barang makanan atau pun yang simple2 jer. Kat sini NFJ senaraikan apa bende yang NFJ letak atas dulang hantaran  ;
Untuk pihak lelaki;
1.     Sirih Junjung ( Buat syarat nak ikut adat)
2.    Al-quran
3.    Baju Jersi Barcelona (atas permintaan bakal tunang)
4.    Chocolate
5.    Cake (atas permintaan, kek pon nk ade kaitan dengan Barcelona jugak)
6.    Kain baju melayu untuk nikah
7.    Cookies
8.    Buah2 buahan
9.    Songkok (Kepala bakal tunang NFJ besar, siap kena tempeh)
Untuk Pihak perempuan ;
1.     Cincin pertunangan
2.    Cake
3.    Bunga rampai
4.    Buah2 Buahan
5.    Perfume and body shower gel
6.    Baju Nikah
7.    Tepak Sirih
# Simple kan? Tak payah nak serabut nak barang memahal. Membazir. Sebab masa nak buat persediaan kahwin nanti lagi nak pkai banyak duit. (Serius, wei NFJ tak tipu. Untuk persediaan kawin nanti pon NFJ akan update jugak)


3rd : Decoration for hantaran
Disebabkan buat majlis pertunangan kat kedah. So, agak jenuh jugak nak pikiaq lagu mana nak  mentransfer semua bebarang ke kedah. Banyak bende nak dititikberatkan, 
·         Nak beli ka dulang? ( Last2, pinjam dulang kat jiran ja. Mujur dia ade)
·         Fresh/ artificial flower ( Dalam hati memang nak buat fresh flowers)
·         Nak d├ęcor lagu mana? Skng ni trend guna bantal kan.. so, decide nk guna bantal la.. nak DIY. Yey!!.
Untuk pengetahuan korang, bunga segar tu I beli kat Weng Hoa Floral Boutique at Jalan Hang Lekir. Semua dalam RM 150. Kalau tak silap 80 petals  Roses dan 2 bouquet baby breath and 40petals carnation and also 3 packets of vitamin. Harga fresh flower ni berubah ikut musim. I beli hari khamis petang sebab nak bawa balik ke kedah. So, malam hari khamis tu bunga2 ros yang banyak tu tido dalam kereta myvi adeq NFJ. Perjalanan ke kedah dalm 6 Jam la. Bunga2 ni bile smpai kat kedah masih dalam keadaan yg stabil. Sampai2 jer. Kerat batang die sikit dan rendam dalam baldi yg ade air vitamin die. Eh lupa plak nk cerita sal vitamin ni. Masa pergi kedai tu. NFJ tanya, “bunga ni boleh tahan smpai ari sabtu tak?”. Pastu staff kat kedai tu ckap “smpai hari isnin minggu depan pon boleh elok lagi. Tapi, kalau u nak tahan lagi  beli ini vitamin la” . Terlupa ambik gambar vitamin tu.
Memang performance vitamin tu tak mengecewakan NFJ. Bunga keep segar smpai dah habis majlis.
Ape yang korang perlukan untuk mengubah hantaran dengan bunga segar ni adalah :
  •         Bunga segar
  •    Span untuk bunga segar (tak sama hokeh dengan span untuk bunga aritificial, Colour die gelap sikit)
  •     Aluminium foil
  •     Dan alatan  yang lain contohnya : Reben, Gunting, Peniti, Jarum, gam dan etc

Nak tengok hansil hantaran ? Hasil decoration hantaran ni semua di tolong oleh kawan NFJ. Actually, diorang memang supportive and creative. Almaklumla kalau nak buat sendiri tu memang boleh, tapi malam sebelum tu memang serabut k.  Nanti cerita next entry on mini pelamin plak.
Ini hasil hantaran okey:


 
Buah buahan yang x semengah








Taraa.... Habis dah... Tq Semua. Selamat mencari inspirasi.

Thanks UOLS


Thursday, 5 December 2013

Engagement Story # Baju Tunang#

         Cerita dah basi baru nak update. Tengah tak tahu nak buat ape ni baik review on baju tunang aritu. Disebabkan decide nak tunang lagi sebulan. Kelam kabut NFJ nak pikiaq, cakap apa pon time tu, memang tak masuk dalam kepala. Pergi kerja…. NFJ bukan buat kerja pon. Masuk jer kerja bukak laptop.. check email (kot kot ade email yang nk kena reply cepat. Hikhik). Lepas dah setel untuk reply semua emel yang berkaitan dengan kerja.. jeng.. jeng…. Bukak google chrome..(tu dia.. dah start dah…) perkara pertama dalam kepala hotak ni BAJU Tunang. Dalam kepala nk buat design yg biasa2 ja. Design untuk baju tunang memang tak banyak problem sebab kalau boleh baju tunang tu nak pakai balik after..Colour tema ??? What the life? Tak sangka nak serabut macam tu sekali.. aduyai.. (banyak ko merepek, ok.. jump to the point). Setelah di timbang, tambah, dikaji warna kulit rasa berkenan dengan warna tema yang shah jazsle pkai time tunang. Sweet tak???‘




Ok. Warna tema dah setel dah. Sekarang siapa yang nak jahit baju NFJ? Selalu kalau baju raya tempeh dekat kampong, dekat mak cik. Sebab dah selesa sangat dengan mak cik aku sorang ni jahit. So, NFJ tak tahu nak hantar kat mana dah. Tetiber… jeng jeng… adek NFJ punyer makwe inform ade kawan die macam designer la untuk retis. 

Weekend tu aku terus cakap dengan makwe adeq NFJ ni untuk terus pergi jumpe dia. Paling penting yea untuk B2B ni. Uols kena bincang dengan tukang jahit dulu. Design tuning/nikah korang nak kena berapa meter. Sebab, lain design baju, lain la keperluan kain die. Ape 2 pon tepuk dada tanya selera .(Cewahhh).

Baju Kurung Moden (Baju sahaja taw ): 1.5-2m # p/s tengok bentuk badan jugak
Kain Baju Kurung (Yg kembang payung) :2.5 -3m

Lepas dah bincang semua dengan die setel kain nak berapa meter semua. Terus zasss ke JAKEL Shah Alam. Kat sini ade cerita pelik dan senget… hihi.. Macam biasa, smpai terus tanya level berapa kain chiffon?  Ok. Die ckp level 2. Terus naik level 2 dh dpt dh colour yang diidamkan  pastu nak cari lace yg kaler hijau tu. Lace tu ade kt level pakaian pengantin. Terus naik, bila sampai kat level tu, adik yg jaga kat situ tanya : “ Akak cari lace kaler aper?”. Aku selambar jer cakap :”kaler hijau, yang macam baju tunang shah jaszle tu?”. Die balas :” Jap, saya rasa shah Jaszle tu beli baju kat sini jugak aritu, biar saya panggil staff yang entertain die ritu”. Dalam hati aku, aku duk bangga seorang ( Ape Pasal kan?”. Lepas dah pilih semua baju semua. Total semua RM 380. Masa nak bayar terketar2 tangan. Dalam hati aku baju tuning pon mahal. Mungkin sebab jakel ni mahal kot. Nyesal aku datang jakel.

Hantar la kat tailor kan? Ape pasal plak korang nak simpan kain tu kan?hehe.  G la hantar. Maisara tailor tu cakap. Akan siap dalm 3 minggu lagi. (Lega.. dah setel satu hal).

Taraaa…Ni la hasil die.. Hihihi..
Abaikan tangan yang tengah cover perut. Haha.. NFJ suka kain kembang payung ni. Haha..
 
Baju sebelum pakai.. Cntik kan? Bead tu jahit sendiri. gigih. Baru taw sengsara sesiapa yang jahit manik. patut la mahal!


Ni link untuk tailor punyer facebook. Leh la kalau ade sesiapa yang teringin. Kesimpulannye... saya sangat berpuas hati!


http://www.facebook.com/pages/AISA-ROSE-JAFT/108332395928864


Yang Benar lagi tulus ,
NFJ