Wednesday 11 November 2015

Pengalaman Bersalin Di Hospital Ampang - Part 2

Sambungan entry yang sebelum ni. Sangat la malas nk update, satu entry selang 6 bulan.

Sepanjang dekat wad tu kerja saya adalah tido sahaja. Rehat, cukup masa solat. Petang suami saya dating bawa makanan.  Asalnya pesan nasi goreng pattaya ikan masin, last2 suami saya bawak  nasik goring pattaya sahaja. Makan jer, suami dah bawak. Start pukul 12, saya dah kena puasa. Masa malam tu, ada la ¾ kali pergi toilet. Tak boleh tido, rasa macam ade contraction. Tapi still boleh tahan lagik. Pukul 6.30 saya bangun solat subuh dan mandi siap2. Doc datang check up pagi tu. Saya tanya doc pukul berapa saya  nak masuk operation room? Doc jawab “ Pukul sebelum pukul 12.” Ok ade masa nak rilek lagi. Dalam pukul 9, nurse datang bagu baju sebelum masuk dalam operation room. Aik?? Dalam hati, awalnya. Tapi, tangan terus ambil baju tu dan pakai. 15 minit kemudian, nurse datang lagi dan suruh baring atas katil, sebab nak tolak ke operation room pulak.

Sampai kat luar operation room, nurse tanya “ Suami awak ada?”, saya jawab “ tak dapat dikesan, tapi saya dah hantar sms pada dia, nanti dia datang sini terus. Dah masuk operation room, ade seorang doc perempuan tolong masukkan air lagi kat tangan. Datang seorang lagi doc masukkan tiub kencing, masa nak masukkan ni tak sakit, tapi akan rasa ngilu sikit. Lepas masukkan terus rasa nak terkencing sangat-sangat. Doc perempuan yang tadi tu suruh saya bangun dan duduk sambil peluk bantal. Lepas tu dia ada inject dua kali kat tulang belakang. Tak sakit pon. Inject amik darah yang time mengandung tu lagi sakit okeh.
Ok.lepas dah bius tu, memang saya x rasa apa2 dari pinggang sampai kebawah kaki. Doc suruh saya angkat kaki. Saya pon tak sure, saya boleh angkat kaki atau tak. Lepas tu, saya ditolak masuk dalam ke dalam real punyer operation room, saya dengar diorang pasang radio hitz fm. Then, nak start operation semua doc start untuk report diri. Time start 12.10 pm. Masa operation, tak ada rasa apa-apa. Rasa macam ade orang lukis-lukis dekat perut dan saya ada bau asap sikit. Disebabkan malam tadi saya tak cukup tido, masa tu rasa sangat mengantuk dengan suhu yang super duper sejuk. Sampai doc tu kejutkan saya “Puan, puan ok tak?” Saya angguk. Saya cakap saya ok. Just mengantuk jer. Tak lama lepas tu, saya dengar doc pakar ni, cakap  “Dr. Help me.” Then, datang doc yang dua orang tadi seorang tolak dari tepi dan seorang lagi tolak perut saya dari dada. Tiba2. Uwekkkk.Uwekkk. Dah keluar hero saya. Semua orang dalam operation room tu bersorak dan menjerit “alhamdulillah!”.Dr terus sambut dan nurse pergi cuci, saya hanya dengar suara hero saya sahaja. Dah lepas jahit semua , Dr cakap “baby you, i terpaksa forcep sebab sangat besar.Nanti, dia ada kesan dekat muka, tapi kesan tu akan hilang”
Then nurse datang bawak baby suruh saya cium baby, sebelum cium, nurse tanya “baby ape?”. Saya jawab “boy!” lepas tu cium dia. Ya ALLAH, bau hero saya ni wangi! Bau syurga!. Lepas dah habis operate, nurse tolak ke satu lagi ruang untuk check BP and oxigen. Ade doc datang tengok dan kalau normal boleh la balik wad. Masa keluar dari dewan bedah tu. Nampak suami saya terintai2. Dia muka excited!, nurse tolak saya keluar dan bila keluar tengok ada suami, mak dan adik lelaki saya. Masuk wad, mak tanya mana baby? Saya pon tak tahu!dalam setengah jam mak dan adik dah balik. Ayah baru balik solat jumaat, terus datang pastu tanya mana baby? Nurse bawak baby. Ayah terus amik, azan dan qamatkan! Terkedu suami yang blur2 tak tahu nak buat apa. Lepas operate saya tak boleh bangun lagi sampai 6 jam.
So, saya tido jer nurse datang cucuk BCG. And amik letak kat tepi saya untuk susukan. Tapi, baby tidur je.. Pelik!! Tak nak susu. Sampai petang baby tido. Keluarga mertua datang petang tu. Semua peluk dan cium baby.Alhamdulillah selamat lahir ke dunia my hero , Khairul Muammar Fayyadh , 4.18 Kg, 12.45 tgh hari , 17 April 2015.



 




Lepas tu, kita cerita pasal pantang pulak.

No comments:

Post a Comment