Monday 25 April 2016

Tempahan Sewa Hantaran Dari Fyda Untuk Pihak Lelaki

Warna Tema : (Purple & Pink)

Bunga Artificial  ( RM 20 untuk satu Dulang)


Barang Hantaran:
1. Helmet
2. Sejadah
3. Kasut
4. Jam
5. Buah
6. Chocolate
7. Set Perfurme










Kepada sesiapa yang berminat untuk buat tempahan sewa hantaran boleh hubungi saya di +60125352637 ( Nur Fateha)

Saya cover area KL & Selangor


Sayang Semua !

Thursday 21 April 2016

Khairul Muammar Fayyadh 1st Birthday Party

Khairul Muammar Fayyadh 1st Party!

Birthday fayyadh ni kami agak kelam kabut saya dan suami rancang. At 1st kami ade 3 plan, iaitu :
1. Buat di rumah emak mertua di seri peristana.
2. Buat di rumah emak saya di cheras.
3. Buat di kedai makan

Selepas kami bincang, kami decide untuk buat di rumah abang suami saya di kuarters pusat rehabilitasi cheras. Kami jemput saudara family sahaja. Family sebelah suami, Family saya . Jemputan dalam 20++ orang.

Menu :
Spagethi oglio (Dimasak kasih sayang oleh abang suami saya)
Bihun soto (Hasil air tangan emak mertua)
Bihun Goreng (Hasil Air tangan Mak saya)
Popia Goreng 50 Pcs ( Saya yang buat!)
Sate 160 cucuk (tak kan la saya buat, mesti la beli)
Air Ribena
Buah Jambu Asam limau


Tema untuk 1st Birthday Fayyadh  adalah football. So, semua yang nak hadir kena pakai jersi.


So, layan gambar masa malam tu, kami have fun gila. Fayyadh boleh pulak buat surprise masa nyanyi happy birthday untuk dia. Dia siap joget . Tak pernah – pernah  dia joget.









Sebahagian yang hadir

Terima kasih kepada yang hadir.

Happy Birthday Fayyadh

“Semoga fayyadh menjadi anak yg soleh, jadi orang yang berguna dan beriman”

Friday 11 March 2016

Brunei Trips (5 - 7 March 2016)

Assalamualaikum, trip untuk ke brunei ni datang dari husband saya dan adik ipar saya. Katanya, nak pergi tengok la Negara Brunei ni macam mana.
Ok , kami p tempah tiket kat air asia, rasanya tak sampai  RM200.(udah tak ingat).
Flight kami, pukul 6.40 pagi. Kitorng sampai  KLIA2 airport pukul  5pagi. Ok, sampai rehat dulu. Terus ke boarding gate. Dekat setiap wing boarding gate ade surau, so, korang boleh solat dulu kat situ sebelum naik flight. Since, ini flight pertama untuk fayyadh. Alhamdulillah fayyadh tido jer dalam flight. Tak meragam langsung, thanks fayyadh..U r good boy.
Touch down at Brunei Airport pukul 9.05 am. Airport brunei, tak besar sangat. Keluar jer dari arrival gate tu nampk KFC dengan tulisan jawi




Satu lagi yang memeranjatkan surau airport dia dah macam masjid. Bertapa Brunei memartabatkan islam. Lepas kagum dengan surau dia, saya contact Fadli untuk kereta sewa, Fadli ni rakyat Malaysia yang kerja kat brunei, kami sekeluarga sewa kereta ALZA BRD 120 bersama minyak sekali. Orangnya baik, sopan santun and overall saya puas hati dengan servis kereta sewa dia. Kepada sesiapa yang berminat untuk sewa kereta dengan dia, tinggalkan komen kt bawah atau email saya untuk dapatkan contact dia.
Dapat ja kereta, terus menghala ke Bandar seri Begawan, signboard ade banyak dekat sini, ikut signboard boleh dah smpai tempat yang dituju. Disebabkan kami belum makan lagi, puas jugak mencari kedai makan di Bandar Seri Begawan ni. Akhirnya jumpa satu foodcourt dekat WISMA Jaya berdekatan dengan Tamu Kiageh. 1st time makan nasik katok BRD 1. Lepas makan, perut dah kenyang.

Lepas tu terus ke penginapan kami di brunei Kg Ayer Village Apartment / Apek Utama Hotel.  Saya tempah melalui agoda.com RM 637 untuk 2 malam. Ada dua bilik ,dua toilet dan dapur yg dilengkapi rice cooker, kettle, fridge and freezer. Agak berbaloi, apartment ni adalah macam rumah kedai.
Balik rehatkan badan, mandi dan tidur sekejap, dalam pukul 1.30 kami keluar semula, kami ke Yayasan Mall, salah satu shopping complex di Bandar Seri Begawan. Tiada apa yang menarik di sini, sekadar untuk melihat suasana di Yayasan Mall. Tapi, paling menarik permandangan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dari Yayasan Mall.


Lintas seberang jalan, dah sampai Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Amik gambar sekitar masjid. Singgah solat asar disini. Alhamdulilllah.







Lepas tu, kami kembali ke Tamu Kiageh untuk menaiki bot jalan-jalan Kampung Ayer. Katanya Tuah yang bawak kami naik bot tu. “ Belum sampai brunei lagi, kalau belum ke KG Ayer”. Kalau jalan di Bandar, baru sampai Bandar Seri Begawan. Naik bot ke Kg Ayer, kami dikenakan bayaran BRD 20. Selama 45 minit. Layan gambar la plak.







Selepas habis tour kg ayer, kami ke Pasar Malam Gadong, katanya disini banyak makanan, perjalanan dari Bandar seri Begawan dalam 15 minit. Bila sampai, semua dalam kereta kami tak sabar nk pergi beli makanan. Pasar malam ni start pukul 4 – 11 malam. Macam2 makanan ada sini, kami beli balik makan di apartment. Makan sampai tak habis, masa beli  nafsu tinggi.


Lepas beli makanan, balik rumah rehat memandangkan saya dan fayyadh tak berapa sihat.

Hari ke-2

Bangun breakfast di apartment,terus ke Tamu Kiageh, katanya Tuah yang bawa kami Tamu Kiageh kena datang pada hari cuti, baru meriah. Memang meriah! Ade jual ayam serama, puyuh, tupai sayur, ikan makanan, ikan masin, udang kering dan banyak lagi.
Next station is Jerudong Park. Masa kami sampai sempat le berjalan2 dekat kawasan Jerudong ni. Tetiba , Nampak ladang kuda .. turun kereta amik gambar. 




Kebetulan masa kami p ker Jerudong Park ni ade promotion, BRD 5 untuk Ride sahaja,Taman die not bad. Tapi, hari isnin dan selasa die tutup. Yang saya respect pasal brunei ni, Kalan masuk waktu solat, semua permainan dalam taman tema ni akan berhenti selama 20 minit. Sebelum azan zuhur, kami sempat main roller coaster, Bumper Car, Laser, Spin Car, Ferris Wheel and Mary Go round.
Kira berbaloi la.. boleh naik x kira berapa kali pon,sebab taka de orang. Roller Coaster die jalan jugak kalau 4 orang naik. Kesimpulan dekat sini best. Lagi best, korang beli tiket tu, kalau keluar boleh masuk balik. Jerudong Park bukak sampai pukul 11 malam.







Lepas ke park, kita singgah ke Pantai Jerudong, dekat pantai jerudong ni x boleh mandi tapi, boleh la rasa angin laut. Ade banyak bot peribadi dekat sini diorang parking. Kat sini, ade jugak orang jual jagung bakar,air kelapa and arnab.



Kami tak lepak lama dekat sini, sekejap jer. Terus nk balik Bandar seri Begawan, on the way nak balik tu, ade Nampak signboard Pantai Tunku. Ape lagi, semua cakap masuk la.. nak tengok.. sini lagi best rupanya. Lagi meriah rupanya ade ATV Ride, BRD5 untuk 15 minits, dekat area pantai ni. Best, suami saya try! Saya pon try kejap jer.. Sini, ade bahagian pantai yang korang boleh mandi. Kami tak mandi pon sebab tempat ni tak de dalam plan.




Next destination, balik dan rehat kejap. Macam ni la jalan kalau bersama baby yang tak sihat. Tapi, Fayyadh baik sangat! Rileks jer. Lepas rehat sekejap.. terus ke Gadung, sebab nak beli ole –ole untuk pulang ke Malaysia. Sini ade 2/3 kedai jual ole-ole brunei. Kedai kain pon ade sini sa4 meter. Penat jalan sini, kami solat maghrib dekat Majlis James asr Hassanal Bolkiah. View Masjid time malam memamg superb. Cantik!



Time to eat. Siapa nak makan malam kat brunei, boleh pergi kat Tamu Selera, kedai dia nama BOB ape tah. Sedap and Murah! Bayangkan kami order air limau ais 1 jug, air kosong 1 jug, nasi kosong 8, Siakap stim halia (Siakap besar gila!), Sotong salted egg, udang sambal dan sayur campur hanya BRD50 sahaja!Balik apartment dengan kekenyangan, mandi lepas tu tidur.



Hari ke-3

Last day at brunei, kitorang punyer flight pukul 4.20 ptg. So, pagi sempat la jalan – jalan lagi. Pergi gadung lagi sebab nak beli souvenior tak cukup. Makan tengah hari dekat Tamu Selera! Balik apartment, kemas barang dan checkout. Terus ke airport.

Ok. Kat airport brunei ni nak cerita sikit. Sini korang kene document verification kat kaunter even korang dah web checkin. Lepas tu bila nak masuk gate air asia dia akan timbang semua bag supaya tak melebihi 7kg. hati –hati yea. Kami dah kena, kelam kabut dibuatnya pindahkan sikit barang kepada bag yang tak penuh!.

Konklusi, brunei sebuah negara yang aman dan damai. Kami tak sempat nak pergi Istana Nurul Iman, Galleria Brunei,taman negara dan tak sempat nak rasa ambuyat. Tapi, tak per insyaALLAH ade rezeki sampai lagi brunei.



Thanks sebab membaca!