Wednesday 11 November 2015

Pengalaman Bersalin Di Hospital Ampang - Part 2

Sambungan entry yang sebelum ni. Sangat la malas nk update, satu entry selang 6 bulan.

Sepanjang dekat wad tu kerja saya adalah tido sahaja. Rehat, cukup masa solat. Petang suami saya dating bawa makanan.  Asalnya pesan nasi goreng pattaya ikan masin, last2 suami saya bawak  nasik goring pattaya sahaja. Makan jer, suami dah bawak. Start pukul 12, saya dah kena puasa. Masa malam tu, ada la ¾ kali pergi toilet. Tak boleh tido, rasa macam ade contraction. Tapi still boleh tahan lagik. Pukul 6.30 saya bangun solat subuh dan mandi siap2. Doc datang check up pagi tu. Saya tanya doc pukul berapa saya  nak masuk operation room? Doc jawab “ Pukul sebelum pukul 12.” Ok ade masa nak rilek lagi. Dalam pukul 9, nurse datang bagu baju sebelum masuk dalam operation room. Aik?? Dalam hati, awalnya. Tapi, tangan terus ambil baju tu dan pakai. 15 minit kemudian, nurse datang lagi dan suruh baring atas katil, sebab nak tolak ke operation room pulak.

Sampai kat luar operation room, nurse tanya “ Suami awak ada?”, saya jawab “ tak dapat dikesan, tapi saya dah hantar sms pada dia, nanti dia datang sini terus. Dah masuk operation room, ade seorang doc perempuan tolong masukkan air lagi kat tangan. Datang seorang lagi doc masukkan tiub kencing, masa nak masukkan ni tak sakit, tapi akan rasa ngilu sikit. Lepas masukkan terus rasa nak terkencing sangat-sangat. Doc perempuan yang tadi tu suruh saya bangun dan duduk sambil peluk bantal. Lepas tu dia ada inject dua kali kat tulang belakang. Tak sakit pon. Inject amik darah yang time mengandung tu lagi sakit okeh.
Ok.lepas dah bius tu, memang saya x rasa apa2 dari pinggang sampai kebawah kaki. Doc suruh saya angkat kaki. Saya pon tak sure, saya boleh angkat kaki atau tak. Lepas tu, saya ditolak masuk dalam ke dalam real punyer operation room, saya dengar diorang pasang radio hitz fm. Then, nak start operation semua doc start untuk report diri. Time start 12.10 pm. Masa operation, tak ada rasa apa-apa. Rasa macam ade orang lukis-lukis dekat perut dan saya ada bau asap sikit. Disebabkan malam tadi saya tak cukup tido, masa tu rasa sangat mengantuk dengan suhu yang super duper sejuk. Sampai doc tu kejutkan saya “Puan, puan ok tak?” Saya angguk. Saya cakap saya ok. Just mengantuk jer. Tak lama lepas tu, saya dengar doc pakar ni, cakap  “Dr. Help me.” Then, datang doc yang dua orang tadi seorang tolak dari tepi dan seorang lagi tolak perut saya dari dada. Tiba2. Uwekkkk.Uwekkk. Dah keluar hero saya. Semua orang dalam operation room tu bersorak dan menjerit “alhamdulillah!”.Dr terus sambut dan nurse pergi cuci, saya hanya dengar suara hero saya sahaja. Dah lepas jahit semua , Dr cakap “baby you, i terpaksa forcep sebab sangat besar.Nanti, dia ada kesan dekat muka, tapi kesan tu akan hilang”
Then nurse datang bawak baby suruh saya cium baby, sebelum cium, nurse tanya “baby ape?”. Saya jawab “boy!” lepas tu cium dia. Ya ALLAH, bau hero saya ni wangi! Bau syurga!. Lepas dah habis operate, nurse tolak ke satu lagi ruang untuk check BP and oxigen. Ade doc datang tengok dan kalau normal boleh la balik wad. Masa keluar dari dewan bedah tu. Nampak suami saya terintai2. Dia muka excited!, nurse tolak saya keluar dan bila keluar tengok ada suami, mak dan adik lelaki saya. Masuk wad, mak tanya mana baby? Saya pon tak tahu!dalam setengah jam mak dan adik dah balik. Ayah baru balik solat jumaat, terus datang pastu tanya mana baby? Nurse bawak baby. Ayah terus amik, azan dan qamatkan! Terkedu suami yang blur2 tak tahu nak buat apa. Lepas operate saya tak boleh bangun lagi sampai 6 jam.
So, saya tido jer nurse datang cucuk BCG. And amik letak kat tepi saya untuk susukan. Tapi, baby tidur je.. Pelik!! Tak nak susu. Sampai petang baby tido. Keluarga mertua datang petang tu. Semua peluk dan cium baby.Alhamdulillah selamat lahir ke dunia my hero , Khairul Muammar Fayyadh , 4.18 Kg, 12.45 tgh hari , 17 April 2015.



 




Lepas tu, kita cerita pasal pantang pulak.

Monday 17 August 2015

Pengalaman bersalin di hospital ampang Bhg 1.

Dari kandungan saya umur 4 bulan lagi, doctor cakap baby saya besar. Tapi, saya tak risau, sebab saya fikir, kalau baby besar bagus la, maknanya baby sihat.
Sampai la minggu ke-40 kandungan, masih tak da tanda2 untuk beranak. So, atas nasihat doc kat KK, saya ke hospital ampang. Sampai dekat O&G klinik kat situ, jumpa doc.Ok. Doc muda nie scan, lama dia scan, lepas dua kali dia kira estimation berat, dia cakap “tunggu yea puan, saya panggil doc yang lagi pakar untuk scan”. Ok. Dalam hati sata time tu “ Oit, apehal pulak ni”. Datang la doc yang lebih berumur sikit dating scan, 3 kali jugak dia scan, lepas tu, doc tu cakap “ Puan, baby puan besar la. Saya scan 3 kali semua 4++Kg . Lepas tu dia check bukaan.

Ok, saya pon dalam hati, nebesnya,, lepas tu doc tu cakap, puan bertenang yea,. Jangan stress kan kat bahagian punggu. Tarik nafas. Serius tak rasa pape pon time dia check tu . lepas tu saya dengan dia bagitahu doc yang seorang lagi tu “ Servics soft, estimate 2 cm”. Scan tak habis kat situ jer, masuk la plak dekat bilik yang satu lagi. Nampak gaya macam bilik ketua pakar, lepas tu, baring selak baju dan scan. Another 3 times scan. Ok doc tu mengeluh, Macam ni la u decide la nak normal or nak Caesar. Die terangkan Pro and Cont. Saya pandang husband, husband pandang saya sengih2.
Doc perempuan yang muda tadi cakap, nak tak nak awak kena beranak jugak esok, sebab kalau kita biarkan baby dalam perut ni, nanti dia lagi besar.
Doc : So, awak dah buat decision ?
Saya : Saya kalau boleh nak normal, doc boleh tak saya normal, lepas tu apa2 jadi, operate la.
Doc : Planned caesar lagi senang. Kalau emergency caesar takot doc bius taka da la.
Saya: Saya nak kena bagitahu sekarang ker?
Doc : Awak g daftar dulu untuk masuk wad. Awak pikir dulu, sebelum tengah hari awak bagitahu nurse kt wad nanti.
YA ALLAH, masa tu bingung sangat, rasa macam tu la keputusan yang paling susah nak buat. Saya dah menangis. Husband kelam kabut tanya kakak ipar and family.
Lepas daftar, saya balik rumah tanya mak dengan ayah, lepas tu pergi makan, dalam kereta saya dah bincang dengan husband saya and kami pilih untuk Caesar.
Semua orang akan cakap saya pilih jalan senang, saya tak nak berusaha. Bukan senang untuk buat keputusan tu. Semua benda kena amik kira. Saya  rasa saya akan rasa bersalah, kalau anak tersekat time nak keluar nanti. Walaupun saya tahu, scan dengan yg exact berat akan ade buffer +/-300gm. Sebab tu saya pilih caesar.
Masuk wad, dari nurse pesakit semua tanya, dah sakit ker?, kenapa masuk?
Rasa malas nk jawab, tapi, saya jawab jugak. “ nak operate esok”, diorang punyer respons “kenapa nak kena operate?”. “Baby besar”, Tutup tirai, terus baring dan tido!

Bahagian ke2 nanti saya sambung next entry!

J

Wednesday 24 June 2015

Wedding package by Mimi Bridal - Majlis Resepsi

welcome back....

Assalamuailaikum...
eh... dah setahun lebih tinggal blog...

dari tak kawen sampai dah kawen.. Dah tu siap ade anak lagik.. ok. tak mau cerita panjang lebar ok.


Nak cerita ape dulu?
mmmm..... ok pasal wedding yang dah basi.dulu ade janji nak bg review. sampai la ni tak review lagik. ape ni dik non???

saya amik wedding package dengan kak mimi dari MIMI bridal by athiz collection.
komen saya satu jer..kenapa la kak mimi ni awesome sangat. kerja dengan dia sangat senang. orangnya sangat la ramah. walaupun dah beraanak 3. jiwa muda mudi gitew..

saya amik set baju untuk persandingan dan pelamin, walkway, carpet dan make up.. 

layan la gambar ek:


Ni pelamin dia : awesome sangat ... cantik... saya suka sangat.. ramai la orang suka dengan pelamin ni.. sampai nak tutup dewan pon ade lagi orang yang nak amik gambar dekat pelamin.


View pelamin dari hujung dewan. tengok. lapik meja dengan dinding dewan sama kan?
kebetulan sahaja. 


Asal muka pengantin perempuan tu?? cam pelik ja..

kemain lagi pengang cik abg dia.. cik abang tu jalan laju sangat..tak larat nak kejar



Ok. Popcorn kegilaan ramai







Ok sekian gambar yang nak ditayangkan. Kalau tayang lebih2 satgi ade yang cakap saya tak habis honeymoon lagik.

Kesimpulan untuk majlis resepsi yang sedehana ni saya nyatakan kat bawah:
1.catering : Nurul Izzah catering (lauk sedap, pandai layan customer. siap datang rumah untuk bincang)
2. Baju sanding, pelamin & hiasa dewan :Mimi Bridal
3. photographer :Xclusiveby Izz
4. Snack popcorn :Sweet Le' Corner

Bye. 
xoxo