Sambungan entry yang
sebelum ni. Sangat la malas nk update, satu entry selang 6 bulan.
Sepanjang dekat wad tu
kerja saya adalah tido sahaja. Rehat, cukup masa solat. Petang suami saya
dating bawa makanan. Asalnya pesan nasi
goreng pattaya ikan masin, last2 suami saya bawak nasik goring pattaya sahaja. Makan jer, suami
dah bawak. Start pukul 12, saya dah kena puasa. Masa malam tu, ada la ¾ kali
pergi toilet. Tak boleh tido, rasa macam ade contraction. Tapi still boleh
tahan lagik. Pukul 6.30 saya bangun solat subuh dan mandi siap2. Doc datang
check up pagi tu. Saya tanya doc pukul berapa saya nak masuk operation room? Doc jawab “ Pukul
sebelum pukul 12.” Ok ade masa nak rilek lagi. Dalam pukul 9, nurse datang bagu
baju sebelum masuk dalam operation room. Aik?? Dalam hati, awalnya. Tapi, tangan
terus ambil baju tu dan pakai. 15 minit kemudian, nurse datang lagi dan suruh
baring atas katil, sebab nak tolak ke operation room pulak.
Sampai kat luar operation
room, nurse tanya “ Suami awak ada?”, saya jawab “ tak dapat dikesan, tapi saya
dah hantar sms pada dia, nanti dia datang sini terus. Dah masuk operation room,
ade seorang doc perempuan tolong masukkan air lagi kat tangan. Datang seorang
lagi doc masukkan tiub kencing, masa nak masukkan ni tak sakit, tapi akan rasa
ngilu sikit. Lepas masukkan terus rasa nak terkencing sangat-sangat. Doc perempuan
yang tadi tu suruh saya bangun dan duduk sambil peluk bantal. Lepas tu dia ada
inject dua kali kat tulang belakang. Tak sakit pon. Inject amik darah yang time
mengandung tu lagi sakit okeh.
Ok.lepas dah bius tu,
memang saya x rasa apa2 dari pinggang sampai kebawah kaki. Doc suruh saya
angkat kaki. Saya pon tak sure, saya boleh angkat kaki atau tak. Lepas tu, saya
ditolak masuk dalam ke dalam real punyer operation room, saya dengar diorang
pasang radio hitz fm. Then, nak start operation semua doc start untuk report
diri. Time start 12.10 pm. Masa operation, tak ada rasa apa-apa. Rasa macam ade
orang lukis-lukis dekat perut dan saya ada bau asap sikit. Disebabkan malam
tadi saya tak cukup tido, masa tu rasa sangat mengantuk dengan suhu yang super
duper sejuk. Sampai doc tu kejutkan saya “Puan, puan ok tak?” Saya angguk. Saya
cakap saya ok. Just mengantuk jer. Tak lama lepas tu, saya dengar doc pakar ni,
cakap “Dr. Help me.” Then, datang doc
yang dua orang tadi seorang tolak dari tepi dan seorang lagi tolak perut saya
dari dada. Tiba2. Uwekkkk.Uwekkk. Dah keluar hero saya. Semua orang dalam
operation room tu bersorak dan menjerit “alhamdulillah!”.Dr terus sambut dan
nurse pergi cuci, saya hanya dengar suara hero saya sahaja. Dah lepas jahit
semua , Dr cakap “baby you, i terpaksa forcep sebab sangat besar.Nanti, dia ada
kesan dekat muka, tapi kesan tu akan hilang”
Then nurse datang bawak
baby suruh saya cium baby, sebelum cium, nurse tanya “baby ape?”. Saya jawab
“boy!” lepas tu cium dia. Ya ALLAH, bau hero saya ni wangi! Bau syurga!. Lepas
dah habis operate, nurse tolak ke satu lagi ruang untuk check BP and oxigen.
Ade doc datang tengok dan kalau normal boleh la balik wad. Masa keluar dari
dewan bedah tu. Nampak suami saya terintai2. Dia muka excited!, nurse tolak
saya keluar dan bila keluar tengok ada suami, mak dan adik lelaki saya. Masuk
wad, mak tanya mana baby? Saya pon tak tahu!dalam setengah jam mak dan adik dah
balik. Ayah baru balik solat jumaat, terus datang pastu tanya mana baby? Nurse
bawak baby. Ayah terus amik, azan dan qamatkan! Terkedu suami yang blur2 tak
tahu nak buat apa. Lepas operate saya tak boleh bangun lagi sampai 6 jam.
So, saya tido jer nurse
datang cucuk BCG. And amik letak kat tepi saya untuk susukan. Tapi, baby tidur
je.. Pelik!! Tak nak susu. Sampai petang baby tido. Keluarga mertua datang
petang tu. Semua peluk dan cium baby.Alhamdulillah selamat lahir ke dunia my
hero , Khairul Muammar Fayyadh , 4.18 Kg, 12.45 tgh hari , 17 April 2015.
Lepas tu, kita cerita pasal
pantang pulak.