Tuesday, 2 May 2017

Ho Chi Minh ( Day 3 and 4 )

Day3
Trip to Chu Chi Tunnel, yang ni half day trip jer. Tapi sumpah boring dalam bas. Sebab tour guide tu tak menarik. Kalau ade borang complaint dah lama dah saya complaint.Sebelum sampai Chu chi tunnel tu singgah satu tempat kraftangan, Disitu tak dipaksa pon untuk beli. Tempat Kraftangan tu majoriti perkerja dia adalah mangsan yang terkena serpihan bom ke ape tah. So, diorang ni cacat. 









Sampai Chu chi tunnel okay la tengok sejarah awal Vietnam masa perang dulu. Macam mana diorang survive dengan terowong yang sangat kecik ni. Siapa datang Chu Chi tunnel ni, sila try masuk merangkak dalam tunnel ni yea. Best experience. Half Day jer trip ni.



















Balik dari Chu Chi Tunnel ni, boleh la sambung jalan lagi. Untuk saya, shopping selagi tak balik Malaysia, smpaikan hari last yang nk balik KL tu masih shopping lagi.

4th Day - Last Day
Flight kami petang, saya extend sedikit masa untuk stay di hotel. Selepas breakfast kami makan di kedai makan biasa. Kebetulan dihadapan hotel kami ada taman luas. So, kami pon bawak la fayyadh untuk main di playground di situ. 
Orang vietnam ni memang mengamalkan gaya hidup yang  sihat. Siap ade class tarian lagi setiap pagi kat sini. Tak kurang jugak yang jogging. 



Lepas tu sambung jalan lagi. Yang jadi tak keruan, dekat sini, boleh pakai duit RM. Tapi nak pesan jugak, korang kena pandai. Tengok rate yang dia convert tu. Ade kedai or tempat lepas convert lagi untung. Ade yang rate dia tinggi gila kalau nak convert. Hari last tu, sempat beli sutera Vietnam 5 helai, kain cotton dan baju pasang. Haish la…puas la hai shopping. Sambil shopping, lakiku urut kaki.



Lepas habis duit,, duk tido dalam hotel jer, taka de buat ape2. Rehat sementara tunggu time nak naik bas ke airport. Kami keluar dari hotel pukul 6. Flight balik sepatutnya pukul 10.  Kami naik bas sahaja, bas yang sama macam pergi. Cuma kena tunggu di bus stop yang bertentangan sahaja. Penat. Sampai aiport, flight delay, dalam sejam. Sampai KL dalam pukul 2. Balik terus pengsan semua. Tido , esok nak kerja.

Sekian sudah percutian kami ke Ho Chi Minh. Sedikit tips untuk ke Ho Chi Minh :

  •         Pakai kasut yang sesuai
  •          Time jalan – jalan bawak air masak banyak2 yea.
  •        Study elok2 jalan kalau nk naik public transport
  •        Trip ke Mekong Delta ngn Chu Chi Tunnel tu bawak la bekal makanan. Boleh juga beli bungkus di kedai.
  •          Berhati- hati di jalan raya di sana, moto macam semut. Banyak gila.



Ho Chi Minh Trip (Day 2)

Day 2

Pagi selepas subuh, saya suruh husband saya pergi beli kopi Vietnam di bawah dan makan roti yang kami bawak dan bersiap2 untuk ke Mekong Delta.

 Kami amik pakej ke Mekong Delta dari hotel yang kami tinggal, Dalam 15 USD jer kot rasanya.  Jam 8, kami dah tunggu di luar hotel untuk bas ke melkong delta. Bas ni akan pergi ke setiap hotel yang ade orang booking untuk tour Mekong Delta ni. Perjalanan dari district 1 to Mekong DELTA dalam 2 jam. Sepanjang perjalanan jangan la tido. Tengokla pemandangan sepanjang perjalanan. (Tapi saya tido jer, sebab penat shopping semalam)
1st stop, bas kami berhenti di RNR Mekong Delta, 15 minit sahaja untuk ke toilet dan beli makanan sedikit. Kami tak beli sebab diragui kehalalan dia. Hanya mampu untuk ambil gambar sahaja.
Awat muka lagu tu fayyadh

Next destination tak ingat nama tempat dia, tapi tempat dia ade 3 patung besar Buddha. Tour guide kami bagitahu siapa yang dapatkan jodoh boleh la mohon doa di temple ni. (Untuk Buddha sahaja).


Lepas tu, kami ke jeti yang nk berlepas Mekong Delta naik bot besar turun di satu kampong. Disitu di jamu dengan madu lebah, sambil bagi minum free dan dia akan jual madu. Dan seterusnya berjalan ke perkampungan yang lain, di situ di hidangkan buah – buahan tempatan dan ade performance lagu lagu Vietnam.




Selepas makan buah, kami di bawa menyusuri kebun2 buah2 buahan tempatan dan sampai la tempat untuk naik ke sampan kecik menyusuri sungai Mekong. Saya tak rasa pon ni macam sungai. Macam parit jer lebar dalam 3 meter jer. Naik sampan tu. Kami naik 5 orang. Sampan kami yang paling slow. Sampan yang lain semua siap potong sampan kami lagi.




Menyusuri sungai Mekong tu dalam 500m – 1km sampai la di daratan, tengok pulak penghasilan gula – gula kelapa ni. Beli sepeket tak smpai setengah jam dah habis. Sedap bak hang.


Naik bot balik untuk ke tempat makan tengah hari. Okay kat sini la akan dihidangkan ikan talapia berdiri ni. Kami tak order ikan pon. Kami makan yang vegetarian jer. Lepas makan jalan – jalan di tempat tu tengok ade banyak haiwan liar yang di bela di situ. Kebanyakan yang dibela di situ sebab ade dalam menu. EEEiiiii…. Seram tekak. Untuk yang muslim boleh la solat masa dekat sini, Cuma kena ade sejadah la. Susah nk jumpa prayer room ke ape ke dekat sini. So,solat jer la di mana2.








Lepas makan habis la trip ke Mekong Delta ni. Naik dalam bas terus tido. Macam biasa bila hari beralih nak malam , mendung dah.Hujan malam tu. Tapi shopping lagi di Pasar Malam. Makan pon senang. Dekat lorong Malaysia tu banyak gila kedai halal. Kedai yang murah di situ sepanjang pemerhatian kami, Kedai nama HALAL AMIN. Sedap & Murah.(murah sikit dari kedai lain).Nak ingtkan yea, datang Ho Chi Minh kena try, kopi veitnam, pho daging, popia Vietnam.
Malam tak ada ape2 aktiviti sangat. shoping shoping shoping sampai lebam. 
Sambungan di next entry ok. 



Ho Chi Minh City (Day 1)

Day 1
Assalamualaikum.
Baru rasa nak update trip yang dah basi. Ada coming update untuk trip ke perth.
Flight to Ho Chi Minh ni kitorang decide untuk pergi dengan my father in law. Untuk suami saya, dia dah pernah pergi Ho Chi Minh City. Tapi, disebabkan semangat dia yang berkobar – kobar nak tunjukkan pada isteri dia yang Ho Chi Minh tu adalah syurga untuk shopping dia belikan jugak tiket untuk ke Ho Chi Minh. Kami decide nak pergi 15hb Oktober 2016 – 18hb Oktober 2015 (4 hari 3 Malam). Kami pergi 3 orang dewasa dan 1 infant, masa ni fayyadh umur baru 1 tahun 6 bulan.

Disebabkan flight kami awal, kami bertolak ke KLIA pukul 4.30 am dari rumah.  Solat Subuh di KLIA2. Nak pesan yea, sesiapa yang amik flight paling awal dri KLIA2 yang sebelum subuh tu. Especially perempuan ye. Bawak la telekung sendiri. Telekung di Surau tu kalau tak silap ade dua atau tiga ja. Nak tunggu turn tu… Lambat, takut terlepas plak boarding time nanti .(Cakap melalui pengalaman) . After boarding, dalam flight, fayyadh tido jer.


Selepas 2 jam 45 minit. Kami mendarat di lapangan terbang Tan Son Nhat. Immegresen di Vietnam ni tak berapa strict sangat.  Lepas setel immegresen, saya setelkan apa yang patut dulu. Nak ke toilet ke ape ker?Kami decide untuk naik bas dari lapangan terbang ke District 1, keluar dari lapangan terbang sebelah kanan cari bas No 152, murah wei.500VND jer. Untuk saya, saya tak kisah sangat untuk naik bas. Sebab suami saya ni pon adventure orangnya dan saya hanya ade seorang anak yg masih boleh dikawal untuk naik bas. Untuk sesiapa yang ade anak ramai dan kecik2 tu boleh la naik teksi. Tak payah nk buat trip murah sangat kalau nanti kita plak tak enjoy trip tu. Kesian anak – anak nanti.
 
Dalam Bus 


Hotel yang kami tempah pon tak jauh sangat dari ben Thanh Market. Song Anh Hotel. So, decide untuk turun bas dekat Ben Thanh Market la. Bas akan berhenti dekat  macam gambar di bawah.  So, hotel tu tak ade la jauh sangat. Tapi, cabaran dia nak melintas jalan dekat Vietnam ni. Walaupun ade lampu isyarat dan zebra cross. Motor yang banyak macam semut tu tetap jalan. So, kena sangat berhati2.

Sampai hotel, letak barang dulu sebab tak boleh nk check in lagi . Terlalu awal, bilik  tak ready lagi. Bilik dekat Song Anh hotel ni memang berbaloi. Memang hotel budget. Tapi yang penting bersih kan? Hotel ni bersih. Ade lift. Sesuai jugak kalau bawak orang yang lebih berusia. Lepas letak beg, pergi makan dekat kedai dulu. 1st kedai Hajjah Basirah yang famous tu. Okay makan pagi. Tapi combined sekali dengan makan tengah hari.
 
Lorong Malaysia (Nguyen An Ninh)





Kat kedai Hajjah Basiroh ni, harga dia mahal sikit kalau bandingkan dengan kedai lain. Tapi, portion die banyak. Lepas makan, kami balik hotel. Time ni dah dapat bilik. Balik bilik, terus baring atas katil. Tido. Baru sampai dah tido. Rehat dulu. Pukul 11 lebih keluar ke pasar Ben Thanh. Tapi time ni tak ade beli ape – ape. Survey2 dulu. Dalam Ben Thanh Market ade banyak bahagian. Ade bayak bahagian dan lorong, Lorong kain ela, kain cotton, kain sutera Vietnam, Keychain, handbag, baju lelaki, baju budak, barang basah macam ikan pon ada. Buah pon ade. Eh senang cerita, semua pon ade la. Pasar Ben Thanh hanya di buka sehingga pukul 6 petang.

Ben Tanh Market 

Ade sebelah lorong pasar Ben Thanh tu, satu lorong hanya jual kasut, beg hiking, baju hiking. Jalan la kami ke Saigon square, lupa nak bagitahu. Peringatan yea, time jalan2 macam ni preparation kena mantap. Especially yang bawak baby macam kitorang, susu, makanan / snack untuk fayyadh, air minuman. Kalau saya, selesa pakai baby carrier. Senang nak dukung fayyadh. Stroller serius tak sesuai untuk siapa yang nak ke Ho Chi Minh ni.
Happy dia.. kt belakang. Kalau tido, saya kendong di depan 

Rata -rata barang yang di jual sekita ben Thanh ni sama jer. Harga sahaja yang berlainan. Dekat Saigon square, barang lebih moden. Harga pon boleh tahan jugak. Tapi disebabkan barang tak menarik minat saya. Tak ade lah saya membeli sangat. Tapi handbag, t shirt untuk lelaki design lebih menarik di sini.
Saigon Square 

Saigon Square - Ada Air Cond 


Okay. Tak larat la jalan dekat sini, balik dulu solat asar dan rehat, mandi semua. Lepas maghrib, baru keluar untuk makan malam. Nasib memang x menyebelahi kami time kat di Ho Chi minh. Setiap malam hujan. Walaupun hujan, misi shopping tetap diteruskan.

Tengok !!! shopping sampai lebam 

Pade setiap malam, kelililng pasar Ben Than akan bertukar menjadi night market ala2 down town or uptown. Kami masuk kedai makan , diorang belum setup lagi. Lepas keluar, terkejut beruk semua dah jadi macam pasar malam. Pantas mereka  ni.

Shopping macam orang gila dekat pasar malam. Hari first duit dah habis wei…Seramkan dengar?