Assalamualaikum, trip untuk ke brunei ni datang
dari husband saya dan adik ipar saya. Katanya, nak pergi tengok la Negara
Brunei ni macam mana.
Ok , kami p tempah tiket kat air asia, rasanya
tak sampai RM200.(udah tak ingat).
Flight kami, pukul 6.40 pagi. Kitorng
sampai KLIA2 airport pukul 5pagi. Ok, sampai rehat dulu. Terus ke
boarding gate. Dekat setiap wing boarding gate ade surau, so, korang boleh
solat dulu kat situ sebelum naik flight. Since, ini flight pertama untuk fayyadh.
Alhamdulillah fayyadh tido jer dalam flight. Tak meragam langsung, thanks
fayyadh..U r good boy.
Touch down at Brunei Airport pukul 9.05 am.
Airport brunei, tak besar sangat. Keluar jer dari arrival gate tu nampk
KFC dengan tulisan jawi
Satu lagi yang memeranjatkan surau airport dia
dah macam masjid. Bertapa Brunei memartabatkan islam. Lepas kagum dengan surau
dia, saya contact Fadli untuk kereta sewa, Fadli ni rakyat Malaysia yang kerja
kat brunei, kami sekeluarga sewa kereta ALZA BRD 120 bersama minyak sekali.
Orangnya baik, sopan santun and overall saya puas hati dengan servis kereta
sewa dia. Kepada sesiapa yang berminat untuk sewa kereta dengan dia, tinggalkan
komen kt bawah atau email saya untuk dapatkan contact dia.
Dapat ja kereta, terus menghala ke Bandar seri
Begawan, signboard ade banyak dekat sini, ikut signboard boleh dah smpai tempat
yang dituju. Disebabkan kami belum makan lagi, puas jugak mencari kedai makan
di Bandar Seri Begawan ni. Akhirnya jumpa satu foodcourt dekat WISMA Jaya
berdekatan dengan Tamu Kiageh. 1st time makan nasik katok BRD 1.
Lepas makan, perut dah kenyang.
Lepas tu terus ke penginapan kami di brunei Kg
Ayer Village Apartment / Apek Utama Hotel.
Saya tempah melalui agoda.com RM 637 untuk 2 malam. Ada dua bilik ,dua
toilet dan dapur yg dilengkapi rice cooker, kettle, fridge and freezer. Agak
berbaloi, apartment ni adalah macam rumah kedai.
Balik rehatkan badan, mandi dan tidur sekejap,
dalam pukul 1.30 kami keluar semula, kami ke Yayasan Mall, salah satu shopping
complex di Bandar Seri Begawan. Tiada apa yang menarik di sini, sekadar untuk
melihat suasana di Yayasan Mall. Tapi, paling menarik permandangan Masjid
Sultan Omar Ali Saifuddin dari Yayasan Mall.
Lintas seberang jalan, dah sampai Masjid Sultan
Omar Ali Saifuddin. Amik gambar sekitar masjid. Singgah solat asar disini.
Alhamdulilllah.
Lepas tu, kami kembali ke Tamu Kiageh untuk
menaiki bot jalan-jalan Kampung Ayer. Katanya Tuah yang bawak kami naik bot tu.
“ Belum sampai brunei lagi, kalau belum ke KG Ayer”. Kalau jalan di Bandar,
baru sampai Bandar Seri Begawan. Naik bot ke Kg Ayer, kami dikenakan bayaran
BRD 20. Selama 45 minit. Layan gambar la plak.
Selepas habis tour kg ayer, kami ke Pasar Malam
Gadong, katanya disini banyak makanan, perjalanan dari Bandar seri Begawan
dalam 15 minit. Bila sampai, semua dalam kereta kami tak sabar nk pergi beli
makanan. Pasar malam ni start pukul 4 – 11 malam. Macam2 makanan ada sini, kami
beli balik makan di apartment. Makan sampai tak habis, masa beli nafsu tinggi.
Lepas beli makanan, balik rumah rehat memandangkan
saya dan fayyadh tak berapa sihat.
Hari ke-2
Bangun breakfast di apartment,terus ke Tamu
Kiageh, katanya Tuah yang bawa kami Tamu Kiageh kena datang pada hari cuti,
baru meriah. Memang meriah! Ade jual ayam serama, puyuh, tupai sayur, ikan
makanan, ikan masin, udang kering dan banyak lagi.
Next station is Jerudong Park. Masa kami sampai
sempat le berjalan2 dekat kawasan Jerudong ni. Tetiba , Nampak ladang kuda ..
turun kereta amik gambar.
Kebetulan masa kami p ker Jerudong Park ni ade promotion,
BRD 5 untuk Ride sahaja,Taman die not bad. Tapi, hari isnin dan selasa die
tutup. Yang saya respect pasal brunei ni, Kalan masuk waktu solat, semua
permainan dalam taman tema ni akan berhenti selama 20 minit. Sebelum azan
zuhur, kami sempat main roller coaster, Bumper Car, Laser, Spin Car, Ferris
Wheel and Mary Go round.
Kira berbaloi la.. boleh naik x kira berapa kali
pon,sebab taka de orang. Roller Coaster die jalan jugak kalau 4 orang naik.
Kesimpulan dekat sini best. Lagi best, korang beli tiket tu, kalau keluar boleh
masuk balik. Jerudong Park bukak sampai pukul 11 malam.
Lepas ke park, kita singgah ke Pantai Jerudong,
dekat pantai jerudong ni x boleh mandi tapi, boleh la rasa angin laut. Ade
banyak bot peribadi dekat sini diorang parking. Kat sini, ade jugak orang jual
jagung bakar,air kelapa and arnab.
Kami tak lepak lama dekat sini, sekejap jer. Terus
nk balik Bandar seri Begawan, on the way nak balik tu, ade Nampak signboard
Pantai Tunku. Ape lagi, semua cakap masuk la.. nak tengok.. sini lagi best
rupanya. Lagi meriah rupanya ade ATV Ride, BRD5 untuk 15 minits, dekat area
pantai ni. Best, suami saya try! Saya pon try kejap jer.. Sini, ade bahagian
pantai yang korang boleh mandi. Kami tak mandi pon sebab tempat ni tak de dalam
plan.
Next destination, balik dan rehat kejap. Macam ni
la jalan kalau bersama baby yang tak sihat. Tapi, Fayyadh baik sangat! Rileks jer.
Lepas rehat sekejap.. terus ke Gadung, sebab nak beli ole –ole untuk pulang ke
Malaysia. Sini ade 2/3 kedai jual ole-ole brunei. Kedai kain pon ade sini sa4
meter. Penat jalan sini, kami solat maghrib dekat Majlis James asr Hassanal
Bolkiah. View Masjid time malam memamg superb. Cantik!
Time to eat. Siapa nak makan malam kat brunei,
boleh pergi kat Tamu Selera, kedai dia nama BOB ape tah. Sedap and Murah! Bayangkan
kami order air limau ais 1 jug, air kosong 1 jug, nasi kosong 8, Siakap stim
halia (Siakap besar gila!), Sotong salted egg, udang sambal dan sayur campur
hanya BRD50 sahaja!Balik apartment dengan kekenyangan, mandi lepas tu tidur.
Hari ke-3
Last day at brunei, kitorang punyer flight pukul 4.20 ptg. So, pagi sempat la jalan – jalan lagi. Pergi gadung lagi sebab nak beli souvenior tak cukup. Makan tengah hari dekat Tamu Selera! Balik apartment, kemas barang dan checkout. Terus ke airport.
Ok. Kat airport brunei ni nak cerita sikit. Sini
korang kene document verification kat kaunter even korang dah web checkin.
Lepas tu bila nak masuk gate air asia dia akan timbang semua bag supaya tak
melebihi 7kg. hati –hati yea. Kami dah kena, kelam kabut dibuatnya pindahkan sikit barang
kepada bag yang tak penuh!.
Konklusi, brunei sebuah negara yang aman dan
damai. Kami tak sempat nak pergi Istana Nurul Iman, Galleria Brunei,taman negara dan tak sempat
nak rasa ambuyat. Tapi, tak per insyaALLAH ade rezeki sampai lagi brunei.
Thanks sebab membaca!